Sejarah PlayStation Portable

Nintendo merupakan pengeluar konsol permainan video mudah alih utama dunia. Mereka telah mendominasi pasaran ini sejak tahun 1989 dengan pengenalan konsol Game Boy dan menerima saingan daripada beberapa konsol lain seperti Game Gear keluaran Sega dan WonderSwan keluaran Bandai. Walau bagaimanapun, konsol permainan video yang dikeluarkan Nintendo masih lagi kukuh di pasaran sehinggalah Sony mengumumkan akan niat mereka yang ingin memasuki pasaran ini.

Sony mula mengumumkan pembangunan konsol PlayStation Portable menerusi sidang akhbar yang diadakan sebelum bermulanya acara E3 200[16]. Walaupun tiada prototaip diperkenalkan[16], Sony mengumumkan butiran lanjut mengenai spesifikasi teknikal berkaitan konsol terbaru ini[17]. Ketua pengarah eksekutif Sony Computer Entertainment pada ketika itu, Jose Villeta, menganggap konsol ini sebagai "Walkman pada abad ke-21" yang merujuk kepada keupayaan konsol ini memainkan pelbagai bahan media[18]. Beberapa laman reviu permainan video sangat tertarik akan keupayaan konsol ini dan mengharapkan sesuatu yang positif akan keupayaan konsol ini sebagai platform permainan video[5][16][19].

Gambaran konsep pertama PSP muncul pada bulan November 2003 dalam mesyuarat korporat Sony dan ianya memaparkan konsol PSP dengan butang yang rata serta ketiadaan kayu analog[20]. Ramai yang menyatakan rasa hampa mereka kerana kayu analog ini tidak disertakan[21], Sony meneruskan pengumuman rasmi mereka mengenai konsol PlayStation Portable ini dalam sidang akhbar semasa acara E3 2004 berlangsung[22]. Dalam sidang akhbar itu juga, Sony mengumumkan butiran lanjut mengenai konsol ini serta aksesori tambahan yang boleh digunakan[23] serta senarai 99 buah syarikat pembangun permainan video yang menyatakan sokongan akan konsol ini[24].

Pelancaran

Pada 17 Oktober 2004, Sony mengumumkan bahawa PSP akan dilancarkan di Jepun pada 12 Disember 2004, dengan harga pengenalan sebanyak ¥19,800 untuk model asas dan ¥24,800 untuk pakej Value System[25]. Pada hari pertama konsol ini dilancarkan, ianya telah terjual lebih dari 200000 unit[26]. Pada 3 Februari 2005, Sony mengumumkan bahawa PSP akan mula dijual di kawasan Amerika Utara pada 24 Mac 2005, pada harga US$249/CA$299[27]. Ada di antara pengguna yang merungut akan harga yang lebih tinggi[28], US$20 lebih daripada harga jualan untuk pasaran Jepun dan lebih dari $100 tinggi berbanding dengan konsol Nintendo DS[29]. Di sebalik kebimbangan ini, pelancaran konsol PSP di kawasan Amerika Utara berjaya[30][31], walaupun terdapat laporan yang menyatakan bahawa hasil jualan konsol ini tidak seperti yang diharapkan[32], di sebalik dakwaan Sony yang menyatakan bahawa 500 000 unit telah terjual pada dua hari pertama[33].

Pada awalnya, konsol PSP dijangka akan dilancarkan serentak bagi kawasan Amerika Utara dan kawasan yang menggunakan PAL[23], namun begitu, pada 15 Mac 2005, Sony mengumumkan bahawa pelancaran di kawasan PAL ditangguhkan akibat permintaan yang tinggi di Jepun dan Amerika Utara[34]. Sebulan kemudian, pada 25 April 2005, Sony mengumumkan bahawa konsol PSP akan dilancarkan di kawasan PAL pada 1 September 2005, dengan harga pengenalan sebanyak €249/£179[35]. Sony mempertahankan pengenalan harga yang tinggi, lebih US$100 daripada harga di kawasan Amerika Utara dengan alasan bahawa pengguna di kawasan Amerika Utara perlu membayar cukai jualan tempatan dan cukai Cukai barangan dan perkhidmatan VAT adalah lebih tinggi di kawasan United Kingdom berbanding di Amerika Syarikat[36]. Di sebalik pengenalan harga yang tinggi, pelancaran konsol PSP di kawasan PAL dikatakan berjaya, telah terjual sebanyak lebih 185000 unit di kawasan United Kingdom sahaja, kehabisan stok di kesemua kedai elektronik dalam masa tiga jam selepas pelancaran, lebih dua kali ganda rekod jualan hari pertama yang dicatatkan oleh konsol Nintendo DS sebanyak 87000 unit.


Rujukan

WikiPedia: PlayStation Portable http://www.gamesindustry.biz/content_page.php?aid=... http://www.playstation.ca/psp/ http://www.1up.com/do/newsStory?cId=3137199 http://arstechnica.com/news.ars/post/20041213-4458... http://www.gamedaily.com/games/playstation-portabl... http://www.gamespot.com/news/2004/05/11/news_60971... http://www.gamespot.com/news/2005/03/24/news_61210... http://www.gamespot.com/news/6027470.html http://www.gamingworldx.com/news/PSPReleasePostpon... http://gameboy.ign.com/articles/457/457945p1.html